Friday, December 16, 2011


Konsert Gegaria yang bakal diadakan pada Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang akan tampil lebih meriah apabila membabitkan jumlah artis teramai.
Pengerusi KGHM, Ahmad @ Salim Bachok, berkata antara artis tempatan yang bakal membuat persembahan ialah kumpulan XPDC, Anuar Zain, Najwa Latiff, Black, Awi Rafael dan Along Cham Raja Lawak.
Beliau yang juga Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro berkata, program itu lebih meriah berikutan KGHM 2011 adalah acara penutup bagi penjelajahan akhbar ini bagi mendekati pembacanya.
 “Dijangkakan lebih 200,000 pengunjung akan membanjiri kawasan Dataran 1Malaysia di Klebang pada tiga hari karnival itu berlangsung.
“Pelbagai acara menarik akan diadakan selain Konsert Gegaria antaranya Majlis Diskusi Addin, senamrobik, pertandingan mewarna, sukaneka bersama artis, gusti lengan, persembahan badut, ‘booth’ penaja dan pemeriksaan kesihatan.
“Selain itu, turut diadakan pertandingan memasak, Galeri Biar Betul, pertunjukan motosikal lagak ngeri, permainan ‘inflatable’ kanak-kanak, Metro Idol dan pertunjukan auto,” katanya.(Sumber Utusan)


Aktiviti Booth Rap 17 Disember 2011 (Sabtu)

10.00 pagi: Pendaftaran Metro Idol dan Gadis Metro.
11.00 pagi: Pertandingan Metro Idol.
3.00 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Sesuatu Yang Tertinggal. - Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
3.40 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Songlap. - Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali.
4.30 petang: Pertandingan Gadis Metro.
5.40 petang: Penyampaian Hadiah Pertandingan Gadis Metro.
9.00 malam: Konsert Gegaria.






Aktiviti Rap 18 Disember 2011 (Ahad)

9.00 pagi: ‘Inflatable Games’ membabitkan artis dan peminat. Artis yang terbabit- Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Fourteen.
10.30 pagi: Penyampaian hadiah.
2.30 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Forteen.
3.10 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Cokelat.
4.30 petang: Final Metro Idol.
5.40 petang: Persembahan Istimewa Juri Metro Idol: Alyah. 
6.00 petang: Penyampaian Hadiah Metro Idol. 


Esok  jom serbu terutama rakyat Melaka...boleh mandi pantai sekali..sok nak pergi...yahooooo..:)

2 comments: