Saturday, June 30, 2012

Siti Nurhaliza mangsa MV You Came To Me



MV You Came To Me yang mendapat pelbagai reaksi apabila penyanyi No. 1 Negara , Dato' Siti Nurhaliza telah mendapat tohmahan serta komen negatif berkenaan cara pemakaian tudung Siti.
Menurut twitter CTNurhaliza11 sendiri.. video klip berkenaan tidak mendapat persetujuan pengurusan Siti sendiri sehingga di keluarkan ke You Tube.
Berikut merupakan kenyataan PA Siti sendiri 

Kesian Boss saya @CTNurhaliza11. Siapa yg buatkan vklip beliau dgn Sami Yusuf di studio tu, tak menjawabnya pula wpun tersebar di youtube. Info ringkas saya; @CTNurhaliza11 dtg ke studio utk rakaman vokal. Tidak ada kena mgena dgn rakaman vklip. Malah tiada siapa maklumkn ada shooting utk video dan edit sbg vklip. Sy rasa ia hanya satu inisiatif ttp bila penampilan boss dipertikai, jwb saya, beliau dtg utk rakaman vokal, dlm gaya harian saja. Bukan utk vklip spt yg mungkin anda fikirkan.



Tweet yang di reply Siti sendiri

 tu lah...takpelah.semuanya ada hikmah.kesabaran itu nikmatnya pasti ada..;)..'sapa yg buat vclip tuh!kz nak jumpee..'



Friday, June 29, 2012

Kawan bila dah senang terus lupa

 Entry ni ditulis disebab kisah kawan aku yang telah meluahkan perasaan sikap kawan baik dia kat aku.
Rasanya ramai pernah laluinya termasuk la aku .. Tapi kesian kawan aku ni mungkin dia terlalu sedih sampai first time dia mengalirkan air mata ..

Menurutnya kawan baik dia mula menjauhkan diri sejak jumpa kawan dia yang lebih kaya, ada kereta dan so on...Aku cakap mungkin ada kesalahan yang pernah di lakukan..Tak tahu la kan..

Biasalah lah tue time susah datang merayu cakap tak de sape nak dengar masalah tapi bila dah senang segala yang dulu pernah diungkapkan hilang begitu. Macam time sekolah dulu kawan baik aku cakap "engkaulah kawan dunia akhirat" last2x haram ayatnya tu..

Itulah dugaan namanya..tak semua yang kita rancangkan akan indah..tak tahu lah nak cakap apa .. kita pon kadang tak perasan jugak kita pon buat benda yang sama..so jaga diri dan perilaku dengan baik sudahlah..


Maaflah aku cerita story ko ye kawan...sedih aku dengar.. pernah kena tue feeling lebih tue..

lmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah,
tapi kalau hidup tanpa berkwan @ bersahabat ibaratnya bulan yang menyendiri tanpa kehadiran bintang di langit,
ingatlah! kwan yg sntiasa baik itu tdak selamanye baik & kwan yang sntiasa tidak baik itu tidak selamanya dia tidak baik,
kehidupan kita ini sntiasa dipayungi dengan norma-norma khidupan yg baik dan buruk.
jadi,, terimalah seadanya dengan sahabat yang ada . . #copypaste  my junior from USM



moral of the story : nilai persahabatan tak boleh dijual beli , tak semudah A B C

Tuesday, June 26, 2012

Jehan Miskin & Thanuja tersingkir top 10 #MasterChefSelebriti


Nampaknya giliran Thanuja iaitu Ms Universe Malaysia yang tersingkir ... Nampaknya 'makwe' Angah Rajalawak telah meninggalkan beliau...memang gandingan serasi..hahhah

Jehan Miskin yang tersingkir dalam cabaran 'Kari oh Kari ' terpaksa akur dengan keputusan chef selaku juri yang mengumumkan beliau tersingkir...dan telah menyumbangkan sebanyak RM5000 kepada badan kebajikan yang diwakilinya. cc : tirah

Tinggal 7 sahaja selebriti yang akan berentap di Masterchefselebriti Malaysia pada musim pertama

Friday, June 22, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Raja Azmi & Karl Shafiq tersingkir #MasterChefSelebriti



Nampaknya giliran Raja Azmi yang tersingkir dan Karl Shafiq yang tewas ditangan  Azwan Ali dengan bertemakan chop...Salmonrung ala Che Tom Azwan Ali  berjaya menyelamatkan beliau dengan menyingkirkan Karl...AA menangis bagai nak rak ni...Apa -apa pon Tomok sangat sangat bernasib baik kerana kali ke 5 terselamat disingkirkan...rezeki yang tak terlihat...usaha akan di iringi kejayaan...

Siapakan seterusnya yang bakal mengikut jejak langkah RA dan KS ...saksikan  #MasterChefSelebritiMalaysia setiap Sabtu hingga Selasa jam 9 malam di ASTRO RIA dan ASTROMUSTIKA HD

Wednesday, June 13, 2012

Salamiah, Siti Sarah , Serina, Louisa tersingkir #Masterchefselebriti

Selebriti kedua terkeluar

Selebriti ketiga terkeluar

Selebriti Keempat terkeluar

Selebriti kelima terkeluar


Nampaknya 4 selebriti wanita tersingkir dan 1 selebriti lelaki yang telah tersingkir..siapa pulak agaknya selepas ini..memang drama betul Masterchef Selebriti...
Saksikan Sabtu hingga Selasa di ASTRO RIA 104 @ ASTRO MUSTIKA HD 134

Wednesday, June 6, 2012

Tak guna anak ramai

Kadang-kadang apa yang terpapar di drama sebenarnya banyak berlaku pada zaman serba canggih ni...Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak zaman dahulu...cerita yang ingin di kongsi oleh bloh WACANA HIDUP ini adalah kebenaran sebuah cekerama .. Bukan nak mengaibkan tapi sebagai ikhtibar sebagai manusia.

Sebuah keluarga yang mempunyai ramai anak ,cucu sehingga ke generasi yang kelima..berapa berjayanya kehidupan keluarga tersebut membina susur galur keluarga..nampak SEMPURNA tapi ia merupakan satu sandiwara diatas sebuah pembohongan.

Bayangkanlah anak-anak bersuka ria sedangkan ibu bapa meradang kesakitan di rumah..adakah suatu PEMBALASAN yang telah dirancang..seperti kata orang tuaku SEJAHAT MANA SEBURUK MANA MAK AYAH JANGAN MEMBENCI WALAU SEKALI PON...

Sedih melihat segala yang terjadi...harus diingatkan kehidupan kita berpaksi kepada ajaran agama..jika kita mengabaikan ibu bapa tatkala menghitung dosa-dosa mereka terhadap kita maka tak terhitung dosa-dosa kita terhadap Maha Pencipta kita..

Semoga kita lebih mengetahui sesuatu kehidupan jangan diakhiri dengan suatu penyesalan ...moga-moga dijauhkanlah benda-benda ini dlam kelurga

Saturday, June 2, 2012

Zizan & Hujan Juara Realiti TV



Sekalung TAHNIAH kepada Zizan kerana berjaya menjadi juara Super Spontan dan Hujan Juara untuk Versus TV9 !

Kat super spontan nak Johan menang..hehhe
Hujan memang Gempak..kejutan Dato' Siti Nurhaliza !