Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 #MasterChefMY



Seperti yang dijangkakan keputusan Juara Masterchef  #MasterChefMY telah bocor lebih awal apabila
menobatkan Syura sebagai Juara musim kedua  . Apa pon Tahniah Syura 
Celina sebagai Naib Juara MasterChef . Tahniah Celina .
Tapi seperti biasa akan ramai yang akan persoalkan kemenangan Syura 
Dah rezeki dia . Lagipon duit tu disalurkan ke badan kebajikan kan 


antara hidangan Syura . 


p/s : Kalau sudah rezeki tak kan lari ke mana =)

Monday, June 24, 2013

Cik Ta tersingkir , Celina Syura ke Final Masterchef selebriti Malaysia 2





#MasterChefMY - Syura dan Celina akan berentap merebut gelaran JUARA MasterChef Selebriti Malaysia ESOK! Saksikannya jam 9 malam esok di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)






#MasterChefMY - Che Ta tersingkir.. Berjaya mengumpul RM10,000 kepada National Kidney Foundation Of Malaysia (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia)



p/s : Siapakah Juara Masterchef 2 . Yang pasti Syura lah . haha


Sunday, June 23, 2013

Top 3 Masterchef selebriti Malaysia 2 . semifinal





Top 3 Masterchef

        SYURA
       CELINA
       CIK TA

Semalam menyaksikan

Kenchana Devi berjaya menyumbang RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD)

p/s : Dengar kata Juara Masterchef Syura gara2 ada yang membocorkan rahsia . 

Jerebu menyerang Malaysia



Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk.
 Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. 
Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia,
 terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal 
untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini 
ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat
 kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan
 melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.  credit : Fadhli

Negeri yang terjejas teruk ialah Johor dan Melaka . Johor telah mengisytiharkan darurat . 
Nampaknya jerebu semakin buruk . diharap semua dapat menjaga kesihatan masing-masing
Inilah dugaan yang Allah turunkan untuk manusia ingat akan kebesaranNya .

p/s : Risau jugak sebab Melaka punya IPU jerebu dan mencapai 457 .


Tuesday, June 18, 2013

Top 4 Masterchef Selebriti Malaysia 2

Kemuncak Masterchef Selebriti Malaysia 2 semakin hampir
4 selebriti yang berjaya ke pusingan 4 yang terbaik ialah 
Celina 
 Rozita Che Wan aka Cik Ta 
 Syura
 dan Kenchana Devi 



Mereka terpaksa melalui 3 ujian dan ujian pertama telah berjaya dimenangi oleh Cik Ta 
apabila berjaya membuat french dessert Dato' Fazley yang diundang sebagai tetamu undangan
Cik Ta mendapat 3 mata , Celina 2 mata , Syura 1.5 dan Kechana 1 mata .
Hidangan Kechana sangat mencuit hati sehingga mendapat jolokan hidangannya sebagai 
Banjir banjir di Kuala Lumpur . hahaha
Tinggal 2 cabaran yang tinggal  . selebriti yang mendapat mata yang terendah akan meninggal dapur MasterChef . 

p/s : Rasa Kenchana akan tersingkir . siapakah JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2 

Monday, June 3, 2013

Perkahwinan Izzue Islam . trending di twitter



Tahniah diucapkan kepada 2 mempelai yang telah membina mahligai bahagia 
iaitu Izzue Islam dan pasangannya Awin Nurin .

Tapi dengar ramai yang kurang senang dengan isteri izzue islam ini gara2 kelihatan lebih tua .
sebenarnya isu ini tidak perlu dipersoalkan . kalau dah jodoh tak kira paras rupa . rupa paras
tak pernah bertahan lama. soal perasaan antara manusia itu lagi penting . tapi
 yang sebenarnya ramai wanita frust tgok izzue islam dah kahwin . disebabkan dia artis mestilah
mentaliti orang kat luar fikir yang artis akan berkahwin dengan orang yang berupa paras cantik .
 itulah mainan dunia. 
tapi yang penting semoga berbahagia =) 

p/s : Semua tanya bila nak kahwin . hahahah