Friday, January 11, 2013

Siti Nurhaliza sudah pakai tudung sepenuhnya


Akhirnya penyanyi No .1 Malaysia terbuka hatinya memakai tudung sepenuhnya jika selama ini hanya memakai serkup dikepalanya... Sempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang 34 ... 

Penyanyi Terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Mengenakan Imej Bertudung Litup Sempena Hari Lahirnya yang Ke-34 Semalam.

Gambar Imej Barunya Itu Juga Dimuatkan Siti Di Dalam Laman Sosial Bergambar Instagram. 

"Inilah Imej Baru Siti Untuk Usia 34 Tahun Dan Siti Harap Penampilan Baru Ini Akan Terus Kekal Sampai Bila-Bila" Katanya Kepada BH

Menerusi Gambar Dimuat Naik Dalam Laman Berkenaan, Siti Mengenakan Rona Hitam Dan Kelabu Berkonsepkan Hijabnista Ala Pereka Tersohor,Hana Tajima Yang Cukup Terkenal Ketika Ini.

Sebelum Ini Tudung Yang Dikenakan Siti Sering Menjadi Isu Hangat Kerana Ia Menampakkan Sebahagian Rambutnya, Malah Berlanjutan Apabila Penyanyi Itu Sering Dihujani Pertanyaan Bila Akan Bertudung Lengkap.

Ditanya Harapannya Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Tiada Lain Yang Diingini Penyanyi Yang Terkenal Denga Lagu Biarlah Rahsia Selain Dikurniakan Kehidupan Sempurna.

"Siti Mengharapkan Agar Hari-Hari Yang Dilalui Akan Lebih Baik Dan Mematangkan Diri. Semoga Mendapat Kegembiraan,Kebahagiaan Dan Ketenangan Selalu. Siti Juga Berharap Agar Kita Semua Mendapat Rahmat Yang Maha Esa Dan Sentiasa Berada Di Bawah Lindungan-Nya" Katanya.


SUMBER: BERITA HARIAN (12 Januari 2013) 
copy from Radio CTFM
Serius cantinya makhluk ciptaan Allah ini memakai tudung ..diharap dapat memakainya hingga akhir hayat ... Siti Nurhaliza you look Gorgeous  awesome !

p/s : Semoga menjadi insan yang lebih baik pada hari yang mendatang


No comments:

Post a Comment