Sunday, December 25, 2011

KENANGAN itu INDAH

"Setiap pertemuan adalah suatu anugerah
Setiap pengakhiran adalah suatu permulaan bagi sebuah kehidupan"

  • bait-bait kata adalah tanda kenangan itu tidak mudah dilupakan...oke dah emo plak..haha

Actually jumaat 24/12 den dijemput ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah or shortform MBMB...itulah tempat praktikal den..masa tue den ada kat Ipoh , Perak...

  • yela sambung study balik...so ape lagi beli tiket arr semata-mata nak menghadiri JAMUAN PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL...walaupon lambat buat tapi still terharu jugak kan...den dengan seorang lagi dari budak uitm Kelantan sekali..sobri..so pagi-pagi den dah datang MBMB sebab nak luang kan masa dengan dyowg sampai ke petang~~

bukan senang nak dihargai...memang seronok kalau tempat praktikal kite tue tempat yang best kan..so really-really enjoyfull..

  • TERIMA KASIH ye ...kenyang sangat...ape-ape kener wat ucapan tue buat den nak gelak bila ingat balik..:)

tapi tak dapat makan cupcake akak su..kesian dy demam so dy suruh datang lagi..
tq akak Nomi, Kak Lah, Kak ekyn ,Kak bibah ,Kak Sue Kak Asma, Kak Ain. kak Mim, Kak yati S, Abg zubir , Abg Azam and yang lain-lain
Gambar lain ada kat camera lain so nnti den update lagi..hehe...


  • Ni merupakan cenderamata dari MBMB


  • hadiah ni dalam kotak kat atas tue  * ingatkan cawan..ape pon suke doe...*


*Nak mintak pendapat pembaca..macamner kalau kita actually saya ar dah buat salah kat membe
kita..salah kecik jer and then kita minta maaf...but tidak mendapat reaksi yang positif dari orang tersebut? ape yang perlu dilakukan supaya semua can be oke..nak biarkan ker or what? lately this situation make me stress 
 any suggestion?
"terima kasih jika anda memberi pendapat anda..:)"

BETUL KER SITI NURHALIZA NI..?



Rasenya penyebaran luas 4 cover majalah GLAM MALAYSIA mencuri perhatian para blogger dan juga pengkritik tetap dunia maya ni..
pandangan den SUMPAH CANTIK..awesome , gorgeous , vogue...
but tak berapa suka tang rambut tue...bak kutuk pon tambah dosa so doakan lagi bagus..win win situation kan..
but i prefer first pic...serius elegant..!!

KEMERIAHAN ASTRO FIESTA





Wah ASTRO meraikan pelanggan setia nya walupon selalu mencekik darah tapi tetap menyajikan program yang menarik dengan memberikan 6 saluran percuma dari 26 december 2011 hingga  8 January 2012 sempena sambutan New Year 2012...

CHANNEL ASIA FIESTA             150 SD OR 155HD
CHANNEL INTERNATIONAL FIESTA           151SD OR 156HD
CHANNEL FOX FAMILY MOVIES             152 OR  157HD

Best wooo boleh tengok HD...tapi yang tak best den tak dapat tengok sebab dah balik IPOH da..so ternganga ar den...sob sob..:(

Saturday, December 24, 2011

MAHARAJALAWAK MEGA minggu 9 - 4 MARA KE FINAL

 Sudah diketahui 4 peserta yang lain ke AKHIR MAHARAJALAWAK MEGA iaitu
                                                  BOBOI 
               ( Perasan tak kat highway ada iklan vote kumpulan boboi ni...tersenyum den tengok aritue...)


                                                  OSBON


                                                  SAEHU


                                                 SYOK


Tugasan yang diberikan pada minggu ke-9 ialah
tugasan satu : komedi cerita dongeng
tugasan dua : komedi kisah keluarga


Pendapat persembahan dyorang sanagt baik...macam biasa ar kalau minggu lepas "kurenggg" so minggu ni oke balik...memang gempak ar orang JB sebab Maharajalawak Mega diadakan di Johor Bharu semalam...happening..!


Peserta terkeluar Pi Mai...actually kener keluar minggu lepas...haha....
tapi yang sedihnya masa FINAL den tak dapat tengok...den dah balik Ipoh..rumah sewa tak der asrto..nak g kedai Mamak ke ni...geram siot...!
tapi ramalan saper menang tengok ar susunan gambar kat atas tue..hahha...:)




Friday, December 23, 2011

CARA EFEKTIF MENEGUR RAKAN SERUMAH

   Sering kali pelajar ada masalah dengan rakan mereka tak kira apepon puncanya tapi kini saya ada jalan penyelesaian untuk beberapa masalah menangani masalah tersebut..
den telah mencuba menampal iklan surat khabar di dinding bilik..

antara cara menegur rakan rumah anda yang tak menjaga pemakanan mereka









ni kalau anda bukan perokok so boleh tampal iklan dalam surat khabar dari dok membuang surat khabar tue baik digunakan sebagai satu kaedah "memerli" walaupon dyorang akan cakap.


                                                            
                            "KAU PERLI AKU KER HAH"!



Seeloknya tampal jer kat dinding bilik anda atau dalam rumah walaupon kaedah ini akan mengambil masa yang lama sikit jika rakan rumah anda seorang yang macam tu...paham paham je ar...satu usaha yang kecil ini mungkin akan membantu orang lain dalam memperbaiki mutu hidup mereka..
tak salah mencuba...hahah
                  "Selamat Mencuba"

Thursday, December 22, 2011

ARTIS DAPAT DATO'? PELIK

antara artis yang mendapat darjah kebesaran

       Ape kriteria artis ni dapat gelaran dato'...? Kenapa tibe den cakap pasal ni sebab dengar ada beberapa artis sudah dapat gelaran Dato'...rasa-rasa ramai dah tahu...so shttttt...hahha
kalau macam Chef Wan nmpak sumbangan pada dunia masakan
kalau Siti Nurhaliza plak dalam industri seni suara...
boleh kita terima lagi ar..tapi ape kriteria yang baru-baru ni dapat dato' bukan menidakkan gelaran tersebut tapi entah arr
artis senang dapat dato' ker ?...terasa ingin tahu ape kriteria-kriteria dy ekkk...
sebab den pelik sangat...
ape pendapat korang...?


info penting beza dato' dan Datuk


Dato’
Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid
Datuk
Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.
contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan

*terima kasih pembaca dan pengomen sudi bace..:)
tahniah kepada pelajar PMR yang dapat straight A,...:)

Wednesday, December 21, 2011

ORENNYA RM20 ITU...POPULAR YANG TUKANG TUNJUK TUE



KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32,


 menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota


 wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di 


Kuala Lumpur.


wah menarik warnanya...nnti warna ungu plak ekk..pink sekali jugak...aww....:

Monday, December 19, 2011

KERINDUAN McDonald's Prosperity Burger




MELELEH TAK AIR LIUR tengok??....wah PROSPERITY
 ESpecially double beef tue...tapi belum ade lagi..so wait yeah
oke kalau tak minat MCd tak terliur ar..hahha..
bila nak makan benda ni ekk...
air dy yang warna oren tue sedapkan..ape nama dy ekk...??
tggu PT masok ar nmpknya..haha
or sape nak belanja...angkat kaki cepat...

Segmen CP | Jom Jadi Kawan!


MOOD NAK JOIN SEGMEN NI..
DAH LAMA TAK JOIN...
KAWAN DAN KAWAN...:)
nak join tekan link ni...ku tekan ku dapat

Sunday, December 18, 2011

LAHH SITI NURHALIZA RUPANYA



perghhh...
asal nampak gorgeous je siti nurhaliza ni...dengar tiru gaya madonna..
ingat saper ar tadi..ingat jiran seblah rumah den..hahha
ni cover majalah GLAM EDISI Januari 2012


Saturday, December 17, 2011

CARIAN Ariff Alfian Rosli MELONJAK

        ASTAGHFIRULLAHALAZIM..itulah ayat pertama yang terukir kat mulut ni..sapa ARIFF ALFIAN ROSLI ni..rasa ramai dah mengetahui sehinggakan carian kisah beliau meningkat di semua saluran carian..sangat memalukan terutama orang Islam dan orang Melayu...


"walaupon apa alasannya takkan semudah itu kita sebagai manusia terus menerus mengikut godaan syaitan tu.."


hey SEMUA manusia ada masalah masing -masing.. 


tak perlu lahh menunding jari atau mencari segala pelusuk cacian yang telah dihamburkan kepada beliau ni ..manusia kener tahu kita manusia sepandai mner pon iman kalau tak kuat tak ada maknanya jugak...harus selalu minta petunjuk..






TAK KESIAN KE MAK BAPAK ANDA kener tanggung hutang anda sehingga menyusahkan orang  yang telah membesarkan anda. 890K mane nak cari weyy...tahu tak betapa susahnya nak besar sehingga kita mendaki ke puncak..aib tue dah buat kat family tue terpaksa menanggung seumur hidup...tahu tak kesannya itu


"KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN..AZAB ALLAH PEDIH SANGAT..KITA MANUSIA BIASA..BERTAUBATLAH SEBELOM PINTUNYA BELUM TERTUTUP..."

CHEF WAN BENGGANG -MAHARAJALAWAK MEGA Minggu 8

 Nampaknya Chef Wan sudah kembali menghangatkan kritikan pedas beliau dengan persembahan yang boleh dikatakan "kurang memuaskan hati" beliau mungkin juga penonton di rumah. Dari sudut pemerhatian den memang pon tak best sanagt malam tadi punyer persembahan. Kata- kata beliau mungkin ada yang terasa hati..apa pon itulah dia Chef Wan kan...


Kumpulan Boboi dan Kumpulan Osbon merupakan kumpulan paling menyerlah malam tadi walaupon tidak sehebat minggu lepas.. nampak banyak penurunan dan boleh di katakan sekejap bagus sekejap tak bagus orang cakap tak maintain..


tugasan yang diberikan terbahagi dua


TUGASAN 1 : BEBAS
TUGASAN 2 : KOMEDI MENGGUNAKAN PROPS.


juri jemputan semalam adalah Aliff Aziz yang popular dengan lagu duetnya KALAU SAYANG..so dy memang memberi komen yang sanagt bagus kener dengan apa yang den rase.


tapi aku cukup tak cukup nafas bila harun salim bachik pakai baju ni..haha


tapi Sobri dari kumpulan BP memang bagus sebab memberi jambangan bunga kepada Zaiton Samiun yang datang menonton sebagi tanda memohon maaf..macam tue ar..kan bagus..





Dan paling menyedihkan semlam 2 peserta dari Malaysia BP (BAWAL POWER) serta ADLIN AMAN RAMLI terpaksa meningggalkan pentas MAHARAJALAWAK MEGA setelah diumumkan penyanyi NO. 1 negara Dato' Siti Nurhaliza. Keputusan yang sangat mengejutkan. Kenapa kumpulan PIMAI tak keluar sedangkan kumpulan dah 2 minggu tak lawak langsung tapi juri still bagi pujian..memang tak lawak langsung..tapi bila Ac menanyakan imuniti terus Chef Wan geleng kepala.. Kesian sobri nak tolong Bob Kuman tak kesampaian..hurm..


Ac Mizal pandai buat lawak dan selalu menyelamatkan keadaan..peace yooo!!

Friday, December 16, 2011


Konsert Gegaria yang bakal diadakan pada Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang akan tampil lebih meriah apabila membabitkan jumlah artis teramai.
Pengerusi KGHM, Ahmad @ Salim Bachok, berkata antara artis tempatan yang bakal membuat persembahan ialah kumpulan XPDC, Anuar Zain, Najwa Latiff, Black, Awi Rafael dan Along Cham Raja Lawak.
Beliau yang juga Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro berkata, program itu lebih meriah berikutan KGHM 2011 adalah acara penutup bagi penjelajahan akhbar ini bagi mendekati pembacanya.
 “Dijangkakan lebih 200,000 pengunjung akan membanjiri kawasan Dataran 1Malaysia di Klebang pada tiga hari karnival itu berlangsung.
“Pelbagai acara menarik akan diadakan selain Konsert Gegaria antaranya Majlis Diskusi Addin, senamrobik, pertandingan mewarna, sukaneka bersama artis, gusti lengan, persembahan badut, ‘booth’ penaja dan pemeriksaan kesihatan.
“Selain itu, turut diadakan pertandingan memasak, Galeri Biar Betul, pertunjukan motosikal lagak ngeri, permainan ‘inflatable’ kanak-kanak, Metro Idol dan pertunjukan auto,” katanya.(Sumber Utusan)


Aktiviti Booth Rap 17 Disember 2011 (Sabtu)

10.00 pagi: Pendaftaran Metro Idol dan Gadis Metro.
11.00 pagi: Pertandingan Metro Idol.
3.00 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Sesuatu Yang Tertinggal. - Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
3.40 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Songlap. - Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali.
4.30 petang: Pertandingan Gadis Metro.
5.40 petang: Penyampaian Hadiah Pertandingan Gadis Metro.
9.00 malam: Konsert Gegaria.






Aktiviti Rap 18 Disember 2011 (Ahad)

9.00 pagi: ‘Inflatable Games’ membabitkan artis dan peminat. Artis yang terbabit- Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Fourteen.
10.30 pagi: Penyampaian hadiah.
2.30 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Forteen.
3.10 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Cokelat.
4.30 petang: Final Metro Idol.
5.40 petang: Persembahan Istimewa Juri Metro Idol: Alyah. 
6.00 petang: Penyampaian Hadiah Metro Idol. 


Esok  jom serbu terutama rakyat Melaka...boleh mandi pantai sekali..sok nak pergi...yahooooo..:)

Thursday, December 15, 2011

HANTARAN KAHWIN # BMW i8 & iPhone 4S


Zaman sekarang hadiah hantaran perkahwinan mestilah berjenama tinggi kan..so den sarankan belilah hantaran kereta kat bawah ni.serius calon suami atau isteri akan berseri-seri sehingga tak ingat dunia..kereta ni telah di lancarkan Di Pameran Motor TOKYO 2011 KE-42 di Tokyo Big Sight, Tokyo, Jepun. Gua cakap memang superb ar...kecanggihan pemikiran manusia kita. seriously BMW i8 tue nak den beli jer...!!



FUTURISTIK...BMW i8   

                                                           
                                                                                             Suzuki Q-Concept.


                                                                     Suzuki Regina.


 Daihatsu Pico.


MANER SATU ANDA INGINKAN?Teknologi tinggi sangat..:)


      Keluaran terbaru yang pasti menaikkan nafsu nak membelinya. Merupakann keluaran Maxis yang terbaru yang mungkin akan menarik anak-anak muda yang memang ghairah beli barangan yang nampak mewah semata-mata mahu menunjuk-nunjuk dari menggunakan nya semasa nak membelinya...aww saya tak mampu nak beli handphone mahal tapi kalau orang bagi kita ambik..so beli lahh jugak untuk hadiah perkahwinan anda..pasti "gempak giler"..macam best ar je..



p/s : ada kucing terkaya ada 39 juta selepas mendapat wasiat tuannya..ape lagi jom carik kucing tue...haha

Wednesday, December 14, 2011

PENGAKHIRAN CINTA ELYSA YANG ROMANTIS

Tengok cinta elysa..mesti ramai yang menonton...heheh...so dah tengok kan kesudahan episod akhir CINTA ELYSA ni kan...apa perasaan anda..puas?? adakah segala skrip perancangan minda kita seiring dengan apa yang di fikirkan..lah mesti lah kan...happyyy ending...
jom bace sinopsis cerita ni

Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan  (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman.
Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari.
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin.
Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?



so ape yang nak saya ceritakan plot cerita menarik sampai dari episod pertama hingga akhir ar tengok..sampai den mengamuk sebab cinta elysa ni terpaksa memberi laluan kat perhimpunan UMNO....hah penat tunggu...!!

komen saya cerita ni ada part yang menyentuh perasaan jugak ar...haah...tapi tengok last sekali zila bakarin manis pakai telekung kan..haha..oke saya bagi 3.5 bintang...:)
berapa juta ntah rating TV3 ni...ahhahh

saper yang terlepas boleh tonton di www.tonton.com.my
lagu tema CINTA ELYSA


Tuesday, December 13, 2011

Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200


“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, Matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
TERIMA KASIH PERDANA MENTERI
sumber : rindok

Monday, December 12, 2011

MENJUNJUNG KASIH TUANKU




Telah selesai sudah adat istiadat keberangkatan pulang yang DiPertuan Agung yang ke-13

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
serta Raja Permaisuri Agong Raja Tuanku Nur Zahirah.

siang tadi yang diadakan di singgahsana Istana Negara Jalan Duta. Istiadat Melayu yang mengangkat  kemegahan adat Diraja telah menarik ramai media termasuk dari luar negara yang pernah di pertontonkan di mata dunia. Sebagai rakyat Malaysia inilah adat yang perlu di sanjung oleh rakyat jelata bukan hanya terpengaruh dengan budaya yang bukan menjadi budaya kita.

Istiadat gilang gemilang ini telah di ulit dengan perasaan sedih dan gembira di mana 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  yang telah bersemayam selama 5 tahun telah tamat memimpin negara . Patik tersangat teruja dengan adat istiadat Melayu yang penuh adat yang sangat tinggi. Di samping rasa sangat suka terhadap kepimpinan beliau di mana kepadanan Yang di Pertuan Agung yang sangat bergaya iatu sama cantik. Semoga baginda dapat meneraju negeri Terangganu dengan baik seperti di mana baginda mentadbir negara. Baginda seorang yang BERJIWA RAKYAT sangat di kagumi seluruh rakyat jelata. Doa patik semoga tuanku sihat sejahtera dan akan menjadi kenangan dalam sistem Diraja negara.

Tahukankah negara Malaysia satu satunya di DUNIA yang menggunakan sistem PENGGILIRAN ketua negara yang menjadi satu keunikan sistem perlembagaan negara kita dalam sistem Raja dalam perlembagaan.

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang akan berkuat kuasa pada 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

DAULAT TUANKU....