Monday, December 16, 2013

Anugerah Industri Muzik 20



   Telah berlabuhnya acara berprestij Anugerah Industri Muzik 20 t
elah menyaksikan ramai artis baru diiktiraf atas hasil kerja mereka
antara yang berjaya mengondol trofi AIM 20
 iatu Yuna dengan lagu kontroversinya LELAKI 
Shila Amzah sebagai Artis Kembara dan Tan Sri Dr Tony Fernandez .


Persembahan terbaik dalam
 Anugerah Industri Muzik yang ke -20 
sehingga mendapat pujian daripada
 Penerima Anugerah Wirama Tony Fernandez 

"One hell of a singer!" -


Siti Nurhaliza - Lebih Indah AIM20 #AIM20 (live)

Monday, December 9, 2013

Powtoon

 

Powtoon menarik minat penonton untuk melihat pembentangan kita
Amat bersesuaian dengan pelajar pelajar -pelajar 
yang ingin membuat pembentangan 
Ia lebih menarik , mudah dan senang digunakan . 
Ia seperti powerpoint .




Saturday, November 16, 2013

Hanya RM75 anda akan kelihatan lebih cantik dan sihat !


  Dewasa ini manusia dihimpit pelbagai masalah kewangan yang kian
 membelenggu diri masing-masing
Justeru itu pelbagai inisiatif yang diambil untuk memastikan kelangsungan hidup sebagai manusia dapat diteruskan . Pelbagai peluang pekerjaan diluar sana
 ditawarkan kepada kita tetapi harus diingatkan kita perlu 
berhati hati dengan apa yang berlaku . Mungkin kalau bekerja 
dengan orang gaji kita tidak mencukupi tetapi dengan
 hanya berbekalan RM75 anda boleh menjana pendapatan anda sekeluarga .



 Ini terbukti pelbagai kejayaan yang di tunjukkan oleh syarikat tersebut . Anda inginkan maklumat lanjut tentang bagaimana menjana pendapatan berlipat kali ganda . BUKAN HANYA OMONG KOSONG ATAU JANJI JANJI
 MANIS
 tapi terbukti ia berkesan dengan usaha yang bakal anda lakukan .
Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah 
jika mereka tidak berusaha ! 


JOM kita mengetahui lebih lanjut di website www.madlilizzat@blogspot.com .
Untuk wanita yang ingin kelihatan cantik dan sihat anda juga boleh mendapatkan produk berkualiti
tinggi dan dijamin KEPUASAN MAKSIMUM ! apalagi lawatlah lama web KLIK SINI ! 

Thursday, November 7, 2013

Mendaki Broga






Pengalaman yang sangat mengujakan untuk pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Broga
Jalannya sedikit mencabar . terasa mengah jugak mendaki .
Dicadangkan cuba akitiviti mendaki broga ni . 
Subhanallah pemandangan dia tersangat cantik 
Kalau time sunrise lagi cantik .
Best sangat !

p/s : Riadah mengeratkan ukhuwah 

Saturday, November 2, 2013

Kem Impian Country Resort (JUVANA)



 Minggu lepas kami pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah menghadiri kem motivasi diri di Impian Conutry Resort iaitu lokasi pengambaran drama popular bersiri JUVANA . Tempat yang menarik sekali
Pelbagai aktiviti yang dijalankan disana . 


 AKTIVITI MASTERCHEF

BERSAMA TOK PENGHULU

AHLI KUMPULAN SUPERMAN

MAKAN DALAM TALAM


Aktiviti Jungle trekking adalah kemuncak paling best sekali . Nasib tak baik terkena pacat . First time kene pacat . Aktiviti lain seperti Qiamulail , aktiviti dalam kumpulan . treasure hunt .
Secara konklusinya , aktiviti ini memupuk semangat dan ukhuwah antara pelajar
Banyak benda yang dapat diperoleh dari kem ini . 

p/s : mengukuh ukhuwah yang cemerlang .

Thursday, October 24, 2013

BBM For Android




 Nampaknya saingan baru kepada WECHAT telah kembali .
Nampaknya pemilik pemilik android tersenyum lebar dengan tercipta BBM for Android
Aku pon nak download nnti . tak tahu lah apa jadi nnti . 
macam2 applikasi ada kat hp ni . hahha



p/s :  SELAMAT BERTUNANG BLOGGER TIRAH ZAIRI


Saturday, October 19, 2013

Muara Hati Anugerah Planet Muzik 2013




SYABAS! KATEGORI LAGU SERANTAU PALING POPULAR milik mutlak Dato Siti Nurhaliza dan hafiz 
serta Kategori duo/kumpulan terbaik . Tahniah lagu Muara Hati . my fav song =) 


Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha





                                       S E L A M A T H A R I R A Y A A I D I L A D H A
                              Selamat menunaikan ibadah haji dan korban untuk seluruh umat Islam
                                      Semoga kita menginsafi kisah disebalik yang berlaku
                       semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa kita sebagai  manusia



Sunday, October 13, 2013

Merindui sahabatku

     
Betul lah kata orang bukan senang nak cari seorang sahabat 
Kalau nak cari kawan bila bila boleh jumpa . 
tapi yang betul betul memahami dan 
berada susah dan senang bukan boleh jumpa sekelip mata .






Serius aku rindu kat sahabat sahabat aku yang dulu . 
Yang selalu ada bila senang dan susah .
nak pergi mane mane pon bersama sama. 
bila semua dah ada arah haluan yang lain teringat
 kat diowg ni yang buat aku ketawa tak ingat dunia. 
Hope rancangan nak jumpa dyowg berjalan lancar . 
waktu tu mesti nak story macam macam. 
miss you guys badly =(

Tuesday, October 1, 2013

Friday, September 27, 2013

Kehidupan baru sebagai pelajar


Alhamdullilah tahun ni aku berjaya melanjutkan pelajaran ku ke peringkat yang lebih tinggi 
Pada mulanya banyak halangan dan rintangan yang terpaksa aku tempuh tapi 
berkat kesabaran dan segalanya dipermudahkan
 Allah aku meneruskan perjuangan ku sebagai pelajar 
universiti kembali .

Perasaan sekrang tak tahu nak cakap macam mner. Menjadi salah seorang mahasiswa universiti terkemuka di Malaysia ni sedikit sebanyak banyak menyebabkan aku tertekan
aku bukan seorang yang cepat belajar . 
Dikelilingi pelajar yang cerdik pandai membuatkan aku rendah diri 
 Takut tak mampu bersaing dengan yang lain
Mungkin semangatku kembali goyah . 
Mintak lepas ni aku akan bersemangat .
dengan yuran yang sangat tinggi seharusnya aku perlu kuat dan tabah menghadapi dugaan macam ni 

p/s : Rindu kawan seperjuangan dulu . 


Saturday, September 7, 2013

SEMUT SENTAP vs KETAM KONFIUS Super Spontan 2013






Nampaknya Almy Nadia kini menjadi ahli kumpulan SEMUT SENTAP
Menhikut corak permainan kita dapat lihat Semut Sentap lebih menonjol dari Ketam Konfius 

Vote for Semut Sentap !

Thursday, September 5, 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 3






Skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci 
dengan resolusi HD penuh 1080p. 
Badannya agak nipis, iaitu 8.3mm sahaja dan beratnya adalah 168 gram

AWESOME ! 

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak naik 20 sen

 
 Ramai yang menyatakan ketidakpuashatian akibat kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen
Pelbagai luahan yang di taburkan tak kurang ada yang menerimanya dengan baik
Para remaja turut sama meluahkan pendapat masing di laman laman sosial 
Sebenarnya corak pemikiran mereka yang 
belum mempunyai tanggungan dan tanggungjawab
adalah berbeza dari sisi mereka yang belum mempunyai tanggungjawab ataupon tanggungan 





Tepuk dada tanya selera .

p/s : bersyukur dgn nikmat Allah .


Thursday, August 29, 2013

Suprima S Awesome !






Rasa nak beli jer . 
suka yang warna merah bcoz my fav colour =)

Wednesday, August 28, 2013

Hidup yang menyedihkan


Rasa tahun 2013 ini macam macam benda yang aku kena hadapi 
benda yang pahit benda yang sukar untuk diluahkan 
Kadang kadang aku rasa hidup ni macam menyedihkan
cuba kuatkan hati kata ini dugaan Allah kat aku tapi entahlah
Kalau boleh malas nak fikir . 
Serius kecewa usaha selama ni akhirnya tidak membuahkan hasil
doa aku tidak dimakbulkan . 
Bukan hendak menyalahkan sesiapa tapi kekesalan terhadap diri sendiri membuat aku
tak kuat nak menempuh masa depan .
Ya Allah berikanlah kekuatan , pulihkan semangatku .
ku berserah kepadaMu . 
=(

Wednesday, August 14, 2013

Kalau sudah bukan rezeki

 



K A L A U  S U D A H  B U K A N  R E Z E K I
                                            
 S E N Y U M   S A J A L A H 

S E M O G A  A L L A H  M E N G U A T K A N  H A T I  I N I

M U N G K I N Y A N G L E B I H B A I K A K A N H A D I R D A L A M H I D U P


W A L A U P O N D I D A L A M H A T I B E R K A T A S E D I H N Y A H I D U P I N I =')




Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya 2013




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca
WACANA HIDUP 

Disini saya ingin memohon maaf jika terkasar bahasa atau terburuk laku
tak kira secara sengaja atau sebaliknya
Berhati - hati kepada anak perantauan yang ingin pulang berhari raya
Semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

IKHLAS DARI EDITOR 
WACANA HIDUP
" Dimensi Kehidupan "



Tuesday, July 23, 2013

Lirik Lebih Indah - Siti Nurhaliza (new song)


Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah


Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 





Friday, July 19, 2013

Tahniah! Abby Abadi sudah kawin







Wah senyap senyap Abby Abadi berkahwin . Hensem suami baru Abby Abadi .
Semoga kekal ke anak cucu ..

Sumber : instagram abby abadi

Tahniahh !

Tuesday, July 16, 2013

Hati yang bersedih


Assalamualaikum semua

Hari ini genap seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini
Entry hari ini Jangan Bersedih wahai hati
Kenapa manusia bersedih ?

 Tahun ini tahun yang aku rasa amat menyedihkan .
Mungkin aku tak patut mengeluh
Mungkin dugaan Allah kepadaku untuk aku lebih tabah . Siapa tak sedih bila apa yang diharapkan hancur berkecai . Sebenarnya tak tertanggung untuk aku lalui saat ini . Ramadhan dan Syawal tahun ini sudah tidak bermakna bagi diriku . 30 Julai genaplah umurku yang ke 2* . Mungkin birthday yang menyedihkan .

Hanya mampu berdoa. Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini . Mungkin bukan masanya doaku dimakbulkan .Kadang kadang aku terasa hidup ini terlalu menyedihkan bagi aku . Aku tak tahu bagaimana aku nak jalani hidup ini . Terasa perit  .


 Ya Allah Ya Tuhanku hambamu ini berserah kepadaMu yang telah menciptaku kedunia ini , hapuskanlah kedukaan ini . Engkau taburkanlah benih benih kebahagiaan dalam hidup ini . Sesungguhnya aku tak berdaya melawan takdirMu . Ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini . Amin :(

P/s : Jika ia bukan milik kita , buat macam mana pon ia takkan pernah dekat dengan kita

Jika kita redha dengan apa yang mengecewakan hati ini , Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang tak dijangka . 



Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum 
kepada semua pembaca blog Wacana Hidup
Disini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang
bakal menjalani ibadah kepada Allah. 


Alhamdullilah kita dapat menempuh ramadhan pada tahun ini
smoga Ramadhan tahun ini kita dapat memperbanyakkan amal ibadah
selamat 3 tahun berpuasa dengan kawan kawan tapi kali ni bersama kluarga pula
Rindu nak berbuka bersama dan juga bersolat terawih bersama


p.s : Jangan lupa bersahur =)

Tuesday, July 2, 2013

Setia Itu Menyakitkan #TeduhanKasih

Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati
[*]
Jangan pernah setia
Bila harus berujung menyakitkan
Sia-sia setia
Bila harus slalu terluka
[**]
Mungkin karena setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi karena mendua
Cinta ‘kan berakhir bahagia
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Back to [*][**]
Jangan pernah setia
Jangan pernah setia
Bila harus bila harus
Menyakitkan
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka 
Habis sudah cter Teduhan Kasih . ni antara lagu yang best dalam cter tu dari kumpulan Angkasa . Hanya Aku pon best ! 
p/s :  mengajar kita bahawa kamu RAMPAS hak org lain kamu TAKKAN BAHAGIA & kamu tinggalkan org yg SETIA dia akn lebih BAHAGIA dr kamu

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 #MasterChefMY



Seperti yang dijangkakan keputusan Juara Masterchef  #MasterChefMY telah bocor lebih awal apabila
menobatkan Syura sebagai Juara musim kedua  . Apa pon Tahniah Syura 
Celina sebagai Naib Juara MasterChef . Tahniah Celina .
Tapi seperti biasa akan ramai yang akan persoalkan kemenangan Syura 
Dah rezeki dia . Lagipon duit tu disalurkan ke badan kebajikan kan 


antara hidangan Syura . 


p/s : Kalau sudah rezeki tak kan lari ke mana =)

Monday, June 24, 2013

Cik Ta tersingkir , Celina Syura ke Final Masterchef selebriti Malaysia 2





#MasterChefMY - Syura dan Celina akan berentap merebut gelaran JUARA MasterChef Selebriti Malaysia ESOK! Saksikannya jam 9 malam esok di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)






#MasterChefMY - Che Ta tersingkir.. Berjaya mengumpul RM10,000 kepada National Kidney Foundation Of Malaysia (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia)



p/s : Siapakah Juara Masterchef 2 . Yang pasti Syura lah . haha


Sunday, June 23, 2013

Top 3 Masterchef selebriti Malaysia 2 . semifinal





Top 3 Masterchef

        SYURA
       CELINA
       CIK TA

Semalam menyaksikan

Kenchana Devi berjaya menyumbang RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD)

p/s : Dengar kata Juara Masterchef Syura gara2 ada yang membocorkan rahsia . 

Jerebu menyerang Malaysia



Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk.
 Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. 
Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia,
 terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal 
untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini 
ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat
 kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan
 melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.  credit : Fadhli

Negeri yang terjejas teruk ialah Johor dan Melaka . Johor telah mengisytiharkan darurat . 
Nampaknya jerebu semakin buruk . diharap semua dapat menjaga kesihatan masing-masing
Inilah dugaan yang Allah turunkan untuk manusia ingat akan kebesaranNya .

p/s : Risau jugak sebab Melaka punya IPU jerebu dan mencapai 457 .


Tuesday, June 18, 2013

Top 4 Masterchef Selebriti Malaysia 2

Kemuncak Masterchef Selebriti Malaysia 2 semakin hampir
4 selebriti yang berjaya ke pusingan 4 yang terbaik ialah 
Celina 
 Rozita Che Wan aka Cik Ta 
 Syura
 dan Kenchana Devi 



Mereka terpaksa melalui 3 ujian dan ujian pertama telah berjaya dimenangi oleh Cik Ta 
apabila berjaya membuat french dessert Dato' Fazley yang diundang sebagai tetamu undangan
Cik Ta mendapat 3 mata , Celina 2 mata , Syura 1.5 dan Kechana 1 mata .
Hidangan Kechana sangat mencuit hati sehingga mendapat jolokan hidangannya sebagai 
Banjir banjir di Kuala Lumpur . hahaha
Tinggal 2 cabaran yang tinggal  . selebriti yang mendapat mata yang terendah akan meninggal dapur MasterChef . 

p/s : Rasa Kenchana akan tersingkir . siapakah JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2 

Monday, June 3, 2013

Perkahwinan Izzue Islam . trending di twitter



Tahniah diucapkan kepada 2 mempelai yang telah membina mahligai bahagia 
iaitu Izzue Islam dan pasangannya Awin Nurin .

Tapi dengar ramai yang kurang senang dengan isteri izzue islam ini gara2 kelihatan lebih tua .
sebenarnya isu ini tidak perlu dipersoalkan . kalau dah jodoh tak kira paras rupa . rupa paras
tak pernah bertahan lama. soal perasaan antara manusia itu lagi penting . tapi
 yang sebenarnya ramai wanita frust tgok izzue islam dah kahwin . disebabkan dia artis mestilah
mentaliti orang kat luar fikir yang artis akan berkahwin dengan orang yang berupa paras cantik .
 itulah mainan dunia. 
tapi yang penting semoga berbahagia =) 

p/s : Semua tanya bila nak kahwin . hahahah

Tuesday, May 21, 2013

Kemelut Afiq Muiz, Eina Azman dan Ibu Afiq Muiz

Dunia semakin menuju kehancuran apabila 
seorang ibu dijadikan hamba dan anak menjadi tuan

 Renungkan ~~
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…
“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis di tangan maknya…
Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Friday, May 17, 2013

Sembelih Arnab #rabbit




Arnab -arnab aku hari ni telah dikorbankan sebab sedara sedara aku teringin nak makan daging arnab
tapi sapa tgok gmbar ni mesti geli kan. aku memang x berani nak sembelih arnab sebab kesian gila . yela kita dah sayang dia kan. aku mmg x makan arnab pon . tak pelah arnab aku rajin buat anak . lagipon ada yng baru beranak . masa dy meraung tu mmg kesian la . pak cik aku yg sembelih . yg makcik2 aku masak masak lemak arnab dan buat goreng tepung . 



sedih pulak tengok arnab2 aku ni kena sembelih .
time rabbit tu screaming owh sayu nya hati 
so haram dimakan untuk aku =(

Sunday, May 12, 2013

Kenal Hati Budi

   


 Hari ini nak bercerita tentang seorang kawan yang baru aku kenal .
 Sebenarnya entry ini ditulis kerana dia banyak share banyak cerita dengan aku . sebenarnya perkenalan kita orang sebenarnya malu untuk diceritakan disini . tapi apa yang aku ingat apa yang di cakap . 

" nak buat adik angkat , abang angkat , kakak angkat , couple mestilah kena kenal hati budi dahulu "

Bila dia cakap pasal tu aku teringat pasal my ex . Baru aku sedar kesilapan aku sebab 
terima dia tanpa kenal hati budi dia sampai dia tinggalkan aku demi orang
 lain yang lagi dia suka 
. Terima kasih kawan baru 
     tapi Insyaallah akan bertukar status jadi adik angkat aku bila dia dah terima nanti . hahaha. 

Kenapa aku tulis pasal dia sebab aku banyak detect kesalahan aku dulu .
 even dia muda dari aku . tapi dia seorang yang matang . sebab aku ni jenis yang gila-gila . 
dia ada tanya pendapat aku . ada pulak dia cakap aku ni jenis matang . rasa nak gelak je
dalam pemikiran dan ada part part aku serius mmg aku nampak matang tapi
sapa yang kenal aku tahulah. terutama my bff . wey aku rindu korang . masa bergerak terlalu
pantas sampai aku rindu tahap band 10 kat korang .

Tapi paling aku suka pasal budak ni sebab dia tersangat pandai . 
UPSR 5A , PMR 9A SPM 10A IB . 
sebab tu dia belaja kat UK . mati mati aku ingat dia belaja kat Malaysia
aku suka bergaul dgn budak pndai sebab bnyak benda kita boleh belaja.
jenis yang hormat orang yang lebih tua , baik dan paling penting sporting .

Kenal hati budi  ni perlu mengambil masa tak kira nak bina satu perhubungan .
jangan cepat terima . soal selidik dulu . paling penting 
jangan cepat percaya dan bercerita soal yang boleh membahayakan kita
betul lah apa yang di cakap . kena berhati hati 
nak nak zaman sekrang . orang yang rapat tulah tikam dari belakang .
biar ambik masa yang lama nak kenal hati budi sebab kita nak 
hubungan atau apa jenis status itu berkekakalan sampai
bila - bila . betul tak ?
and one thing Don't expect too much so you'll never be disappointed, and start realizing that some promises are made to be broken so you'll never feel to be deserted.



p/s : Kita belaja sesuatu tak kira dia lagi muda atau lagi tua sebab setiap manusia ada kelebihan masing masing =)