Sunday, June 23, 2013

Jerebu menyerang Malaysia



Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk.
 Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. 
Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia,
 terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal 
untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini 
ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat
 kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan
 melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.  credit : Fadhli

Negeri yang terjejas teruk ialah Johor dan Melaka . Johor telah mengisytiharkan darurat . 
Nampaknya jerebu semakin buruk . diharap semua dapat menjaga kesihatan masing-masing
Inilah dugaan yang Allah turunkan untuk manusia ingat akan kebesaranNya .

p/s : Risau jugak sebab Melaka punya IPU jerebu dan mencapai 457 .


No comments:

Post a Comment