Friday, January 20, 2012

KAWAN V SAHABAT

  Apa beza kawan dengan sahabat?
topik hari ini diulas sebab minggu lepas my lecturer yang ajar Commercial Law cerita dy ada seorang jer sahabat..sampai sekrang dan dy cakap samapi suami dy kawan dengan suami dy dan anak-anak dyowg kawan pon sama-sama...beliau cakap dy tak ramai kawan..sahabat yang betul baik akan bertahan sehingga hujung nyawa..




DEFINISI KAWAN 
kawan adalah orang yang mengenali kita samaada kenal secara langsung atau tidak langsung..kawan tak semestinya ada sentiasa bersama ketika senang atau susah..tetapi time senang tengok ar berapa ramai akan datang menghampiri


DEFINISI SAHABAT
orang yang paling rapat dengan kita samaada susah atau senang...orang betul memahami sikap positif dan negatif kita..sahabat ni function nyer lengkap melengkapi maknernya kalau salah seorang buat salah seorang akan tegur..tak kira sanabat sama jantina atau berlainan jantina ia tetap sahabat..tapi jangan melampaui batas sudah arr


Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-



Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

sebab tu zaman sekarang kene bijak memilih kawan..jangan nak main serkup jer...pengaruh kawan ni sanagat besar impaknya...yang penting IKHLAS..setakat mempergunakan itu yang kita tengok ramai yang hanyut dalam kancah hidup yang tak pedoman tue...oke ..TERIMA KASIH BACE...:)


8 comments:

  1. ntah....xreti jugak...kwn dgn dri sndri je lah...hehehe

    ReplyDelete
  2. pilih kawan yang molek-molek je okeh.. Hurm, jangan terpengaruh dengan gejala sosial :)

    ReplyDelete
  3. kawan memg senang nak cari, tp sahabat susah...

    ReplyDelete
  4. Eza tagged awak cheksunnyboomboom.blogspot.com/2012/01/qasehsuci-special-giveaway.html :)

    ReplyDelete