Monday, April 27, 2015

Jelajah Bandung




Okay Part 2  
Sorry lah sangat busy lebih naik cuti dengan sakit lagi . hihihi
Okay penerbangan kami kami naik Air Asia sebab Air Asia je yang pergi Bandung . tapi MAS tak pergi Bandung . First time naik plane , rasa berdebar jugak tapi lepas tu okay je . heheh 




Kitaorang dari Melaka ke KLIA 2 and sampai dalam pukul 2 pagi
 so mengantuk sangat kami pon sewa hotel unik kat KLIA 2 . Hotel Kontena .
 Serious pengalaman yang best . tilam and bantal dia empuk gila . suasana yang sangat best la . hihi



Then naik kapal terbang then sampai lah Bandung . hahahha
Excited sangat walaupon rasa penat .




Sampai Bandung perkara pertama kami buat ialah cari makanan org Indonesia . 
Waduh keren banget . sedap . Aku tak berapa ingat nama makanan tu t. tapi yang penting sedap der !



Yang macam telur ni paling sedap dan paling mahal sikit . hihihi


Tempat yang korang wajib pergi ialah KAWAH PUTIH 
tempat ini sangat best , cantik sangat tapi dinasihatkan sebab tempat dia bau belarang kuat gila
selalu musim ni hujan waktu petang so datang waktu pagi pagi sebab perjalanan dia ambil masa 
2 jam dari pekan Bandung . Ada ape benda ta nama dia pautan Perahu . kira macam la . 
cantik jugak. seblum nak naik Kawah putih yang tinggi tu kena naik macam van dia . adventure gila
hahhaha . kat sini ada jual strawberry . murah murah. RM5 je kot sepaket . takpon korang boleh
pergi ladang strawbery . boleh petik sendiri . sejuk gila kat situ. time aku pergi hujan lebat nak mampos. so tak dapat nak jalan jalan sangat







Tempat yang patut anda datang kat Bandung ialah Pasar Seni dia . pergh terbaik . situ ada macam kain , nak shopping kat situ la . aku kat situ shopping banyak gila. telekung, buat langsir , buat baju raya semua beli kat situ . memang berbaloi . Then aku rasa kagum dengan org Indon kerja
dia layan customer dia special tak macam kat Malaysia
buat muka . Siap bagi makan minum kot . tak beli pon takpe . Macamtu baru best nak beli kan
seharian kat pasar seni tu . Penat jalan satu Mall dia tu 


Ni kerepek paling aku suka . murah sangat





Itulah sahaja nak dikongsikan kat sini . Kalau korang nak berjalan ke Bandung boleh pergi ditempat
yang syorkan. Selamat bervacation . 
Assalamualaikum =)

Thursday, April 16, 2015

Vacation : BANDUNG , INDONESIA



Assalamualaikum

Hai , dah lama tak tulis kat blog ni kan . dah bersawang dah rasanya. Okay kali ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bercuti di Bandung Indonesia sempena cuti pertengahan semester or Midsem break . Percutian aku ditaja oleh akak aku sepenuhnya . bestkan . hihihi . First time aku ke Indonesia. Banyak pengalaman yang aku timba.



sampai di lapangan terbang


Tapi pengalaman yang aku rasa gelabah giler bila tak boleh nak check in sedangkan kapal terbang nak gerak . fuhhh nasib baik sempat . So kepada sesiapa yang nak g luar negara kena datang airport cepat cepat . 

Aku suggestkan korang kalau pergi bandung ke Hotel Tebu dekat Jalan Riau . Serius terbaik hotel tu .  Kenapa aku cakap terbaik sebab hotel tu baru lagi bukak then harga dia not bad la . dalam RM80 duit Malaysia.


Apa keistimewaan Hotel Tebu ?

1) Staf dengan manager dia bagus gila . Kitaorang siap berborak sakan , friendly rasa macam lama dah kenal tau , rasa di hargai sangat

2) Sarapan pagi aka breakfast dia perghhh terbaik . banyak gila makanan . ada makanan tradisi Indonesia . Aku cakap memang kenyang giler . Masa breakfast sebelum nak check out tu , dia punya menu memang selera aku . Banyak giler variety food dia . Paling aku suka bubur dia , sedap nau !

3) Hotel Tebu merupakan hotel 3 bintang. Lif dia punya button touch screen tau , siap ada cermin besar lagi . Malaysia punya pon tak touch screen macam tu.



Antara tempat mnarik dalam hotel , hotel dia pon cantik


4) Bilik dia memang selesa dia . Memang lengkap lah orang cerita . channel tv dia ada HBO , FOX and banyak channel lain yang ada kat Indonesia .

5) Hotel Tebu dekat dengan factory and kedai kedai kalau nak shopping shopping ni . waduh keren banget ! kedai makan dia yang mewah pon ada tapi rasa takdelah mahal sangat .


Restoren yang ada depan hotel . sedap makanan dia





6) Rasa selesa sangat and nanti kalau pergi Bandung aku akan ke sana .


Pengalaman yang lain yang aku rasa respect kat orang Indonesia ialah




Walaupon jalanraya dia sempit dan agak tak teratur tapi sikit pon tak langgar antara yang lain . Klau kat Malaysia tu memang dah excident dah ni . And satu lagi budaya hon diaorg macam biasa sangat . cuba buat kat Malaysia. tengok apa jadi ? so aku mmg kagum lah dengan rakyat Indonesia . Okay nanti aku cerita lagi pengalaman aku . Adios