Wednesday, January 29, 2014

Zamir Juara MASTERCHEF MALAYSIA ALL STAR




Ucapan Tahniah kepada Zamir yang telah berjaya menjadi
Juara  MASTERCHEF MALAYSIA ALL STAR 
dan telah menyumbang sebanyak RM55000 
kepada badn kebajikan Teduhan Kasih
Tahniah juga kepada Celina walaupon tewas lagi 
tetapi beliau telah membuktikan beliau layak menjadi Naib Juara
untuk 2 kali berturut turut dimana Masterchef sebelum ini
kecundang ditangan Syura .



Antara hidangan Zamir


Hidangan Celina 


Permarkahan 
ZAMIR    107
CELINA   103


P/S :Masaklah dengan kasih sayang =)

Monday, January 27, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 : Bahagiamu Deritaku #AJL28





Telah menjadi ramalan menjadi Juara Lagu ke 28 iaitu
 HAFIZ dengan lagunya BAHAGIAMU DERITAKU
dinobatkan Juara Lagu 28 . Lagu yang menjadi kegemaranku.
TAHNIAH Hafiz juga kerana berjaya mengondol PERSEMBAHAN TERBAIK

Keputusan penuh AJL28

JUARA LAGU                              Hafiz - Bahagiamu Deritaku
NAIB JUARA                               Hyper Act - Hanya Aku
KETIGA                         Altimet dan Awie Rafael - Kalau Aku Kaya

PERSEMBAHAN TERBAIK         Hafiz- Bahagiamu Deritaku
VOKAL TERBAIK                        Jaclyn Victor


Walaupon AJL28 kurang menyengat tetapi ucapan tahniah untuk semua pemenang pemenang

Wednesday, January 22, 2014

Rindu dekat arwah Nenek =(




Sudah 4 bulan pemergian nenek ku yang telah menghembuskan nafas yang terakhir bulan lepas .
Terasa masih baru dan masih segar diingatan . 
Sewaktu arwah meninggal aku cuba tidak mengalirkan air mata t
etapi sebelum aku kembali ke universiti aku pergi ke kubur 
dengan abang aku untuk membacakan Yassin tetapi baru memulakan ayat air 
mataku deras mengalir . Entah kenapa aku menangis sebegitu .
 Abang aku hanya mampu mengesat air mata nya.
 Nenek selalu ada walaupon sewaktu dia sakit dia tidak banyak cakap .
 Arwah selalu tanya pasal aku . 
Sedihnya bila kalau aku pulang ke kolej tidak dapat ku salam tangan nenek .
 Kesian atuk tinggal seorang . Kadand - kadang dia meracau seorang diri .
Nenek orang rindu kat nenek =(