Monday, April 29, 2013

Biadap , Zain Saidin tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia 2


Nampaknya rancangan MasterChef Selebriti Malaysia 2 semakin hangat diperkatakan dengan  insiden yang sangat tidak profesional seorang artis.
Menyaksikan Zain Saidin yang tersingkir di uijian penyingkiran 
Sikap biadap kepada chef-chef adalah sangat tidak wajar dilakukan Zain terutama mempersoalkan kredibiliti kepakaran chef yang telah lama berkecimpung dalam dunia masakan.
Sikap beliau yang mempersoalkan kemenangan Pak Nil adalah satu sikap yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat. Tak salah nak meluahkan pendapat tetapi melihat dari sudut pertuturan Zain yang kurang ajar terhadap orang lebih tua dari beliau sangat biadap.

Melihat tabiat beliau yang minum air susu dan memakan epal semasa ujian masakan dilakukan adalah tidak bersesuaian dengan cabaran pertandingan. Kalau kat rumah boleh lah buat macam ni .. ini pertandingan.
Sehinggakan carian Zain Saidin trending ditwitter di Worldwide .
di Facebook ramai yang meluahkan rasa ketidakpuashatian sikap zain yang agak melampau.
Bak kata Lydiawati " budak ni memang kurang ajar !" siap dia nak persoal chef macam tu , Who are you ? "
Semoga Zain berubah menjadi lebih baik sebab manusia sekarang " BUAT JAHAT SEKALI AKAN LEBIH DIINGATI DARIPADA MELAKUKAN SERIBU KEBAIKAN "

Pancake Zain Saidin


Saksikan lebih aksi dan drama dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2 setiap Sabtu hingga Selasa di Astro Ria atau di saluran Mustika HD 134 pukul 9 malam.

p/s : Bila marah cuba diam dan lawan kerana Allah suka manusia yang mampu kawal amarah dan hormatlah orang yang lagi tua daripada anda.

No comments:

Post a Comment