cube bace dan renung-renungkan..
1......... l Usah terlalu mudah merasa SAKIT HATI dan MENGADU kepada sahabat-sahabat akibat perbuatan buruk orang lain terhadap diri kita. Sebenarnya hati kita yang KOTOR kerana kita tidak dapat menerima sesuatu kenyataan itu dengan IKHLAS dan REDHA kerana-Nya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah ‘menghantar’ pelbagai ujian dan dugaan melalui saluran-saluran yang telah ditentukan-Nya. Carilah hikmah-Nya yang tersembunyi di sebalik itu :)
2..................l Berbanggalah kita apabila orang cari kita waktu mereka susah dan perlukan bantuan kita tetapi jangan berharap mereka akan ingat dan cari kita pada saat mereka telah mengecapi kebahagiaan dan kesenangan...percayalah pada realiti ini... kalau mereka sukakan seseorang itu, tak tolong apa-apa pun tak apa tapi tetap baik pada pandangan mereka...
3................l mengapa terkadang kita boleh jadi alim dan terkadang kita boleh jadi zalim??
hati vs nafsu..
yang mana satu anda pilih?
kalau anda merasa sudah beriman,
selami diri dengan ujian,
kalah menang diri anda yang tentukan...
5....l “Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
p/s : ini perkongsian semata-mata bukan untuk ape-ape..jangan salah faham..
No comments:
Post a Comment