Saturday, February 4, 2012

Keperibadian Nabi Muhammad #SALAM MAULIDUR RASUL

Sempena sambutan MAULIDUR RASUL dimana lahirnya seorang Kekasih Allah yang telah diperturunkan di bumi sebagai utusan kepada umat Islam , marilah kita mencontohi keperibadian baginda sebagai panduan kita menjadi insan yang lebih baik...



1- Nabi dilahirkan secara fitrahnya minat mendidik manusia.
Pernah suatu ketika sewaktu Nabi ingin menunaikan solat berjemaah, lalu Nabi melihat seorang sahabatnya agak kedepan daripada safnya lalu nabi menolak orang itu ke belakang dengan kayu sugi yang dipegangnya itu. Ketika itu jugalah turun Malaikat Jibril menegur Nabi s.a.w. dengan katanya:
Ya Muhammad, sesungguhnya engkau dibangkitkan sebagai seorang nabi, dan bukannya “Jabbaaran” ( orang yang menyombong diri).”
Walaupun perkara itu adalah biasa bagi kalangan orang arab tetapi Jibril turun mengingatkan Nabi supaya satu cara atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu diperkenalkan kerana Nabi akan menjadi ikutan kepada umatnya sepanjang zaman. Selepas menerima teguran itu Nabi lalu menemui orang itu dan meminta orang itu untuk melakukan kekasaran sebagai balasan perbuatannya itu. Itulah peribadi Rasul yang tidak akan ada pada orang lain melainkan dia menghalusi sirah nabi ini.
2. Nabi bersikap setaraf dengan peringkat umur dan taraf manusia.
Nabi Muhammad SAW diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi saw juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana nabi amat mesra dan kehidupan keluarganya sangat meriah.
Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya bagi mereka yang muda kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.
credit to fitrahpower

Marilah kita memperbanyakkan  SELAWAT ke atas baginda sebagai tanda cinta kita terhadap perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang patut kita contohi...Perbanyakkan juga sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita semua...Sanjungilah kekasih Allah semoga kita mendapat keberkatan dan shafaat di akhirat kelak...SALAM MAULIDUR RASUL..

2 comments: