Zaman serba canggih meledakkan lagi nafsu manusia yang selalunya yang tak puas meneroka sesuatu yang baru..YOUTUBE dah lama tapi dah boleh tengok ramai yang nak tunjuk kebolehan masing-masing...
ade positif negatif you tube ni so pikir sendiri ..tapi perasan tak berapa ramai cuba nasib nak jadi artis segera dengan menguploadkan video diaorang kat youtube...
antara yang berjaya Yuna & Najwa Latif..lepas ni sape pulak ye?
gadis bertudung sekarang dah mendapat tempat..tapi yang lelaki yang mencuba rasanya kurang dapat perhatian terutama daripada pihak media...apekah rencana sebalik benda ini kalau korang dapat pikir..
jangan marah cuma nak share something yang mungkin buat kita terpikir suatu hari nanti
yelah akhir zaman..
zon Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunnya..
Den telah diberi tugasan semester ni untuk menganalis pasaran harga emas yang telah mendapat perhatian akibat ketidaktentuan pasaran dunia..tugasan untuk assignment Investment ni membuat den sedar kita kena pandai dan bijak jika mahu melabur untuk masa depan..tapi paling best cuba anda bace cerita "DAWN RAID" or in malay serangan waktu subuh dimana bagaimana Malaysia mengambil semula Hak yang telah diambil oleh orang British secara dawn raid..nak cerita lanjut boleh cari di laman sesawang dengan kekunci dawn raid..oke berbalik pada harga emas ...anda boleh tengok perbezaan yang telah letakkan pada gambar kan..sebab tu ramai beli emas..
Semalam hari bertuah atau saja-saja "membertuahkan" diri sebab semalam den dan rakan2 ke Kuala Lumpur kerana idea gile saja2 menjadi realiti...masa sampai di KL Sentral singgah kat ATM CIMB walaupon nak keluar duit kat bank lain tapi sebab nmpak something yang menarik ape lagi..hehe...rupenya ade pendaftaran CimB CLIK secara percuma...tue tak menaraik sebab yang menarik dapat MASKOT SOTONG cimb ni...aww ..suke...so rezeki boleh letak kat kereta..hehe..CIMB click tue ape?
CIMB Click adalah kemudahan pembayaran secara online kepada pemegang kad CIMB dengan menggunakan kata laluan..senang mudah dan dapat barangan free..hehhe...:)
Jalan-jalan ke Sunway Piramid , Times Square & Bukit Bintang
Entry inilah kisah benar yang berlaku di rumah saya...macam tak percaya kucing dan ayam boleh bersama-sama..mula-mula tak percaya apa kakak-kakak den cakap tapi bila dah tengok..tergamam den tengok macam sepasang kapel yang dok hangat dilamun cinta...
"pergi mane bersama..makan bersama"
...sebab takde tangan hanya mengeselkan badan saja..hahha...tapi disebalik kejadian tersebut itulah Kebesaran Allah...sedangkan haiwan boleh bersatu *bersatu ape?*hahha...inikan manusia... setiap yang berlaku ada hikmah yang tertulis supaya manusia selalu berfikir Kekuasaan-Nya..moral of the story fikir ar sendiri..=)
Sempena sambutan MAULIDUR RASUL dimana lahirnya seorang Kekasih Allah yang telah diperturunkan di bumi sebagai utusan kepada umat Islam , marilah kita mencontohi keperibadian baginda sebagai panduan kita menjadi insan yang lebih baik...
1- Nabi dilahirkan secara fitrahnya minat mendidik manusia.
Pernah suatu ketika sewaktu Nabi ingin menunaikan solat berjemaah, lalu Nabi melihat seorang sahabatnya agak kedepan daripada safnya lalu nabi menolak orang itu ke belakang dengan kayu sugi yang dipegangnya itu. Ketika itu jugalah turun Malaikat Jibril menegur Nabi s.a.w. dengan katanya:
“Ya Muhammad, sesungguhnya engkau dibangkitkan sebagai seorang nabi, dan bukannya “Jabbaaran” ( orang yang menyombong diri).”
Walaupun perkara itu adalah biasa bagi kalangan orang arab tetapi Jibril turun mengingatkan Nabi supaya satu cara atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu diperkenalkan kerana Nabi akan menjadi ikutan kepada umatnya sepanjang zaman. Selepas menerima teguran itu Nabi lalu menemui orang itu dan meminta orang itu untuk melakukan kekasaran sebagai balasan perbuatannya itu. Itulah peribadi Rasul yang tidak akan ada pada orang lain melainkan dia menghalusi sirah nabi ini.
2. Nabi bersikap setaraf dengan peringkat umur dan taraf manusia.
Nabi Muhammad SAW diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi saw juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana nabi amat mesra dan kehidupan keluarganya sangat meriah.
Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya bagi mereka yang muda kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.
Marilah kita memperbanyakkan SELAWAT ke atas baginda sebagai tanda cinta kita terhadap perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang patut kita contohi...Perbanyakkan juga sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita semua...Sanjungilah kekasih Allah semoga kita mendapat keberkatan dan shafaat di akhirat kelak...SALAM MAULIDUR RASUL..