Tuesday, May 21, 2013

Kemelut Afiq Muiz, Eina Azman dan Ibu Afiq Muiz

Dunia semakin menuju kehancuran apabila 
seorang ibu dijadikan hamba dan anak menjadi tuan

 Renungkan ~~
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…
“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis di tangan maknya…
Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Friday, May 17, 2013

Sembelih Arnab #rabbit




Arnab -arnab aku hari ni telah dikorbankan sebab sedara sedara aku teringin nak makan daging arnab
tapi sapa tgok gmbar ni mesti geli kan. aku memang x berani nak sembelih arnab sebab kesian gila . yela kita dah sayang dia kan. aku mmg x makan arnab pon . tak pelah arnab aku rajin buat anak . lagipon ada yng baru beranak . masa dy meraung tu mmg kesian la . pak cik aku yg sembelih . yg makcik2 aku masak masak lemak arnab dan buat goreng tepung . 



video
sedih pulak tengok arnab2 aku ni kena sembelih .
time rabbit tu screaming owh sayu nya hati 
so haram dimakan untuk aku =(

Sunday, May 12, 2013

Kenal Hati Budi

   


 Hari ini nak bercerita tentang seorang kawan yang baru aku kenal .
 Sebenarnya entry ini ditulis kerana dia banyak share banyak cerita dengan aku . sebenarnya perkenalan kita orang sebenarnya malu untuk diceritakan disini . tapi apa yang aku ingat apa yang di cakap . 

" nak buat adik angkat , abang angkat , kakak angkat , couple mestilah kena kenal hati budi dahulu "

Bila dia cakap pasal tu aku teringat pasal my ex . Baru aku sedar kesilapan aku sebab 
terima dia tanpa kenal hati budi dia sampai dia tinggalkan aku demi orang
 lain yang lagi dia suka 
. Terima kasih kawan baru 
     tapi Insyaallah akan bertukar status jadi adik angkat aku bila dia dah terima nanti . hahaha. 

Kenapa aku tulis pasal dia sebab aku banyak detect kesalahan aku dulu .
 even dia muda dari aku . tapi dia seorang yang matang . sebab aku ni jenis yang gila-gila . 
dia ada tanya pendapat aku . ada pulak dia cakap aku ni jenis matang . rasa nak gelak je
dalam pemikiran dan ada part part aku serius mmg aku nampak matang tapi
sapa yang kenal aku tahulah. terutama my bff . wey aku rindu korang . masa bergerak terlalu
pantas sampai aku rindu tahap band 10 kat korang .

Tapi paling aku suka pasal budak ni sebab dia tersangat pandai . 
UPSR 5A , PMR 9A SPM 10A IB . 
sebab tu dia belaja kat UK . mati mati aku ingat dia belaja kat Malaysia
aku suka bergaul dgn budak pndai sebab bnyak benda kita boleh belaja.
jenis yang hormat orang yang lebih tua , baik dan paling penting sporting .

Kenal hati budi  ni perlu mengambil masa tak kira nak bina satu perhubungan .
jangan cepat terima . soal selidik dulu . paling penting 
jangan cepat percaya dan bercerita soal yang boleh membahayakan kita
betul lah apa yang di cakap . kena berhati hati 
nak nak zaman sekrang . orang yang rapat tulah tikam dari belakang .
biar ambik masa yang lama nak kenal hati budi sebab kita nak 
hubungan atau apa jenis status itu berkekakalan sampai
bila - bila . betul tak ?
and one thing Don't expect too much so you'll never be disappointed, and start realizing that some promises are made to be broken so you'll never feel to be deserted.



p/s : Kita belaja sesuatu tak kira dia lagi muda atau lagi tua sebab setiap manusia ada kelebihan masing masing =) 




Aznil tarik diri daripada Masterchef Selebriti Malaysia 2




       Menyaksikan proses penyingkiran semalam . menyaksikan Michael Ang tersingkir dalam cabaran ikan tuna . Tetapi sangat mengejutkan apabila Datuk Aznil kehadapan dan mengumumkan penarikan dirinya daripada program Masterchef amat mengejutkan ramai pihak . Dengan linangan air mata untuk menarik diri kerana faktor kesihatan ibunya yang berada di hospital menyebabkan Aznil mengambil keputusan menarik diri.

Dengan ini Michael Ang yang tersingkir kembali dalam Masterchef menggantikan Aznil yang yang menarik diri . semoga ibu kepada Aznil cepat sembuh . dan kata Aznil beliau memohon maaf kepada badan kebajikan yang diwakilinya dan akan membuat kerjasama akan datang dengan badan kebajikan yang diwakilinya .Beliau telah menyumbangkan sebanyak RM 3500 .

P/S : Kasih ibu dibawa kesyurga =)

Wednesday, May 8, 2013

Afiq dan sejarah baru Masterchef Selebriti Malaysia 2

 

       Afiq merupakan selebriti yang tersingkir . Nampaknya hidangan burgernya 
tidak menepati citarasa 
chef-chef. Mungkin roti yang digunakan tidak bersesuaian menyebabkan
beliau tersingkir daripada Masterchef . 

Mengejutkan sepatutnya Sharifah Shahora yang tersingkir sebenarnya
 tiada penyingkiran yang berlaku . sejarah baru apabila tiada penyingkiran yang
dilakukan sewaktu ujian penyingkiran yang bertema ubi kayu .

p/s : Sesungguhnya berkasihlah diantara manusia .

Saturday, May 4, 2013

Pilihanraya Umum ke - 13 Malaysia . #GE13




5 Mei merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia
apabila Pilihanraya Umum bakal menentukan pucuk pimpinan yang bakal
memerintah . sama ada Barisan Nasional , PAS , PKR , DAP atau Bebas akan menakluki kerusi parlimen

Tahun ini merupakan tahun pertama aku mengundi sebagai rakyat Malaysia
Siapakah pilihan aku untuk dipangkah . Biarlah Rahsia . Undi adalah rahsia.
Tapi melihat situasi sekarang budak budak yang tak boleh mengundi dah pandai cakap pasal politik
kutuk sana sini , lagak seperti bakal calon .




Apapon kita sebagai rakyat Malaysia mengharapkan pelbagai perubahan bakal dilaksanakan
kepada parti yang berjaya memimpin Malaysia .
MALAYSIA MEMILIH !

p/s : Jangan kerana POLITIK , kita berpecah belah .



Wednesday, May 1, 2013

Sathiya tersingkir di ujian penyingkiran #MasterchefSelebriti Malaysia 2




Nampaknya giliran Sathiya meninggalkan gelanggang Masterchef Malaysia
Dengan menyajikan dry pancake seperti Zain yang menyediakan pancake
terpaksa akur kerana beliau terpaksa disingkirkan.
Btw , Sathiya anda still awesome !


RM2000 berjaya dikumpul kepada Malaysian Liver Foundation yang diwakili oleh Sathiya..